Erti Kehidupan

 Masa terus berdetak, Bergerak seakan kapal yang berlayar bertahun-tahun tanpa khabar perumpamaan sama seperti kehidupan manusia yang tidak tahu apa akan berlaku di masa akan datang hanya menunggu keajaiban hadir untuk membantu kehidupan. Setelah satu demi satu cabaran dugaan yang dihadapi adakah kita kuat untuk meneruskan dengan kekuatan hati kita.


  Terkadang aku memikirkan apakah aku akan dapat apa yang aku inginkan selama ini atau hanya angan-angan yang tiada penghujungnya. Terkadang aku terduduk melihat dunia luar begitu banyak cabaran dugaan yang membuat hatiku takut untuk keluar menghadapi dunia luar. Takut akan kegagalan yang tak akan boleh diterima.


   Sepanjang perjalanan hidup aku terlalu banyak kesalahan yang aku buat sehingga aku keliru untuk meimkirkan jalan penyelesaian. Terkadang kita manusia memilih untuk melarikan diri berbanding menghadapinya kerana hati kita tak sekuat mulut yang berbicara. Mulut mengatakan ya namun hati berbelah bahagi. Dalam dunia sekarang walau apa pun kita buat berbalik pada -Nya Yang Maha Esa.Allah lebih tahu kerana Dia yang mencipta kita Dia yang mengarang kehidupan kita maka Dia lebih tahu apa yang akan berlaku berbanding kita yang menunggu jawapan tanpa meminta pertolongan-Nya.


  Kenapa begitu banyak dugaan dan cabaran yang hadir dalam kehidupan kita meski pun kita tahu bahawa kita tidak layak untuk menanyakan namun pertanyaan tersebut selalu bermain di dalam fikiran kita MANUSIA. Membuat keputusan adalah satu perjudian dalam kehidupan,kerana kalau betul pilihan kita maka bahagia la kita di kisah seterusnya tapi jika salah keputusan kita maka kita akan hidup dalam penyesalan yang tiada penghujungnya.


  Setiap manusia mahukan kebahagian,kebahagian dimana boleh membuat hari-hari kita dalam keadaan gembira tanpa memikirkan masalah yang dihadapi tanpa memikirkan dugaan yang bakal datang tetapi setiap kebahagian di dalam dunia ini hanya sementara kerana tiada kebahagiaan yang abadi dalam dunia ini tanpa ada pertelingkahan.Pertelingkahan adalah satu kesalah fahaman antara satu yang terkadang mampu memisahkan dua hati dari rapat sebelum ini sehingga kedua-duanya menjadi jangal.


  Adakah kita fikir dunia ini kejam?. Tidak dunia ini tidak kejam tetapi kehidupan di dalam dunia ini yang membuatkan dunia nampak kejam.Dunia sentiasa berpihak pada kita namun hati manusia banyak menikam sehingga membuat manusia lupa diri dan hancur dalam perhubungan.Kekuatan hati kita hanya ada pada-Nya berbalik la pada-Nya maka sepanjang perjalanan hidup kita sentiasa dalam keadaan baik.Dugaan itu kadang-kadang ada baiknya,Baik membuat kita fikir antara kaca dan permata antara emas dan perak yang boleh kita nilai baiknya.Andai kita manusia hidup tanpa dugaan munkin dunia sekarang tiada masalah dalam apa jua aspek.


   Kekuatan hati kita ada pada-Nya maka bagaimana hari-hari kamu melaluinya berbalik la pada-Nya kerana dia Maha mengatahui segalanya.


-amnacp-

25/3/22

Comments