Erti Kehidupan Masa terus berdetak, Bergerak seakan kapal yang berlayar bertahun-tahun tanpa khabar perumpamaan sama seperti kehidupan manusia yang tidak tahu apa akan berlaku di masa akan datang hanya menunggu keajaiban hadir untuk membantu kehidupan. Setelah satu demi satu cabaran dugaan yang dihadapi adakah kita kuat untuk meneruskan dengan kekuatan hati kita. Terkadang aku memikirkan apakah aku akan dapat apa yang aku inginkan selama ini atau hanya angan-angan yang tiada penghujungnya. Terkadang aku terduduk melihat dunia luar begitu banyak cabaran dugaan yang membuat hatiku takut untuk keluar menghadapi dunia luar. Takut akan kegagalan yang tak akan boleh diterima. Sepanjang perjalanan hidup aku terlalu banyak kesalahan yang aku buat sehingga aku keliru untuk meimkirkan jalan penyelesaian. Terkadang kita manusia memilih untuk melarikan diri berbanding menghadapinya kerana hati kita tak sekuat mulut yang berbicara. Mulut mengatakan ya namun hati ber...